salam sejahtera ke atas kamu

saya ucapkan SELAMAT DATANG kepada semua!!!

Sunday, March 18, 2012

MR JUNSIN IS MY HERO!!




Bila terasa rindu, kusebut namamu…Dalam bayangan bangunku terasa bagai disebut….
TUAN HAJI JUNSIN BIN HAJI BASRIN

Aku rindu bapa aku.. bgini lah seorang perantau negeri orang. Yang lain dpt balik ke kampung masing2, aku balik asrama IPG Kmpus Darulaman ni juga. Memang terasa jealous dgn kawan terutama geng2 serumah ni sorg2 tinggalkan rumah sewa kami ni. Mmg gembira family dorg menyambut setiap kali kepulangan mereka. klu aku balik kampung, bapa akan jmpa aku waktu petang sblm maghrib di rumah. Mmg bgitu kebiasaanya. Bkn x sayang aku, dia kerja smpai petang, jdi dia balik kerja tu dia akan beli makanan tapau nasi, ayam goreng dan ayam berkuah antara masak merah atau kicap. Mmg itu sja makanan aku dihidangkan bapa aku ni~ pada sebelah mlm pula, dia akan dtg temankan aku tidur di rumah. Kebiasaanya, kalau rumah kosong, dia akan balik ke rumah yg satu lae. Itulah pengorbanan bapa aku.

Bapa aku seorang yang “terlalu matang”, dia berfikiran agak jauh, tapi biasalah orang lama, jadi fikir itu stail dlu2 la jga. Saya bangga jadi anak bapa saya. Beliau seorang yg sgt terserlah kepimpinannya. Dlu dia ni seorang guru besar di sekolah. Kedatangan beliau ke SK Logo telah merubah sekolah dari segi kecemerlangan dan kemudahan. Mgkin faktor anak sulung kepimpinan dia begitu, dia juga pernah memimpin parti cawangan umno kg limbawang, masjid kg kukut dan lain2 organisasi yg aku x tau nak sebut. Dia kini bekerja sepenuh masa sebagai Ketua Anak Negeri, aku pun tak berapa nak tau kerja dia ni, tapi kebiasaanya, dia akan mengadili kes di mahkamah syariah daerah Beaufort, kira jadi hakim jugalah.

gambar tahun 1997/8 gtu.. x brapa ingat .............................dengan arwah mama naik haji (2001)

aku sangat menyanjungi prinsip hidup bapa aku, beliau seorang yg paling tidak suka kerja bertangguh, kalau dia mau buat masa itu, mmg masa itu juga akan siap. Mmg disiplin kuat la kalau pasal kerja ni, x blh duduk diam. Dulu selepas dia bersara pada 2001, dia sibuk pula uruskan UMNO JK cawangan. Pastu sibuk dgn program itu ini dan skarang dgn kerjanya. Belum lagi kira kerja yg sebagai “tok dukun” atau pengamal perubatan tradisional. Beliau ni mmg dikenali disekitar pelosok kwsan pedalaman selatan sabah ni, lebih kurang gitu la.. sbb org yg dtg berubat ni ramai sgt, dari dekat, jauh smua ada, smpi dari Brunei pun ada. Org minta tolong jadi dia tolong la juga, blum lgi cmpur org kawin, org kerasukan dan lain2.

walaupun bapa sya sibuk, tapi dia x pernah lalai dari menjenguk kami2 yg masih bujang tinggal di rumah tu, memang dia agak rimas klu dia tak balik tgk kmi, kami yg sya maksudkan itu saya dan abg2 sya wahab dan razak. Bila fikir balik, smua kmi ni da remaja ni, x yah jaga kot. Tpi da bgi tau balik2, dia tetap juga mau balik. X pa lah. Org tua, makin dilarang merajuk pula nnt.

begambar di tmpat turun fligt, haha.. masa hntar aku p IPDA

bapa sya seorang yg agak garang waktu kmi budak2 dlu. Cmna x garang. Anak 10, 8 org lelaki.. mmg tak dinafikan perangai kmi yg multiperangai terutama lelaki.. mmg nakal dan bila difikirkan balik mmg patut kmi “digarangi” dlu. Dimana mau handle begaduh, pecah brg2, mndi sungai, jelajah hutan belantara.. mmg mcm2 lagi la… dah la suma buat tu tem budak2, jadi dia marah tu pasal bahaya buat bnda2 gtu… apa lagi, smpai rumah klu tak tali pinggang mmg hinger yang smpai… sya ingat lae, kmi adik beradik smpi sembunyikan tali pinggang dia supaya tak pukul kmi.. tpi zaman da berubah. Kami suma dah dewasa dan bapa pun dah semakin tua.

Saya suka dgn satu peribahasa turun temurun, sya pernah dgr arwah datuk saya menyebut peribahasa ni, kmudian bapa pula sentiasa mengingatkan kami….

“ PELALAI KETINGGALAN, PENIDUR KECURIAN”

Asal kmi kalut p skolah, tinggal bas, gagal exam… mmg itu peribahasa beliau kpada kmi.. hahahaa… tujuan peyedaran la tu… nnt sya cuba ketengahkan peribahasa ini kepada bakal anak2 aku dan bakal pelajar2 aku.. haha.. tggu la kamu..

Cukup disini sja penulisan sya atas kerinduan kepada ayahanda tercinda di kampung nun di seberang laut tu~ sobsobsob.. sedihnya.. jap lae aku call dia la.. hahahhaha

No comments:

Post a Comment